Samseng
Ahli Fiqir

Dialog)

Ya... Ok jugak la kita makan kat sini la senangduduk la... Duduk la duduk2

Hei!! Asal ko makan tempat aku ni

Hei!! Ko siapa hah!!

Ni tempat aku apsal ko duduk kat sini

Mana ada nama ko. Ni tempat ko

Woi!! (2x) ko siapa hah!!! Ko siapa hah!!!

Sekrang ko nak aper (3x)

Jgn carik pasal

Woii!!! (4x) (ramai2)

Kurang ajar

Woii!!! (5x) (ramai2)


Samseng (4x) ini bukan zaman samseng

Samseng (4x) bukan zaman banteng2

Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng

Samseng (4x) ini bukan zaman samseng


Sudah banyak yg ku lihat didepan mata,

Pecah botol, pecah gelas, pecah kaca, pecah kepala

Nak rebut kuasa, siapa gagah, siapa perkasa, siapa lagi ramai anggota

Mana tempat, bila masa, kita jumpa, satu lawan satu, engkau dgn aku

Buka butang, buka baju hak... Hik... Huk...

Kita tunggu siapa yg akan jatuh dahulu

Yg menang akan jadi abg besar, tak perlu gusar, kiri kanan sentiasa ada org jaga

Bila berjalan kepak mula dibuka jaga jaga

Jgn cuba merenung mata. Amaran untuk semua

(dunia ini dia yg punya)


Samseng (4x) ini bukan zaman samseng

Samseng (4x) bukan zaman banteng2

Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng

Samseng (4x) ini bukan zaman samseng


Dan didepanmu berbaris peluang-peluang dan tidak mahu pun engkau rebutkan,

Berderet-deret sasaran namun tidak satu peluru pun ko lepaskan

Kerana engkau hanya asyik berjuang entah untuk apa, dan demi siapa engkau juangkan,

Keberanianmu itu adalah himpunan puluhan anggota fei yong

Yg sibuk melaungkan suku-suku pantun, serta tuturkan kata kosong

Keberanianmu itu adalah tubuh-tubuh kaku saudaramu,

Bergelimpangan disimpang-simpang jalan yg telah engkau tewaskan

Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu yg berbinkan dan berbintikan sianu dan sipolan,

Terpampang dimuka surat depan, ruang-ruang koran patuh kaki dan tangan...

Keberanianmu itu adalah anak-anak bangsamu dlm satu ikatan berkongsi kandang bergelar. Si banduan.


Apakah yg kan ko dpt hanya sorakan kuat naikkan semangat setelah bertemu hebat,

Engkaulah tuah engkaulah jebat, tiada siapa yg akan berani dekat,

Sampai bila ko nak jadi raja, membabi buta, bukalah mata,

Suatu hari ko pasti akan jatuh takhta, kehabisan bisa baru ko sedar mana pergi tuah,

Mana hilang jebat, mana kata semangat, mana kiri kanan dua, mana kata bersatu,

Mana isi dan kuku, mana sehidup semati, mana pergi.... Urgghh.... Semua janji


Bukan aku hendak mengata tapi sudah nyata,

Semakin bermaharajalela, semakin berleluasa


Satu demi satu bangsa ku menjadi layu, gugur dimedan perang ciptaan saudara2ku,

Bagaimana hendakku jelaskan pada generasi baru dunia maju tapi bukan kita nombor satu

Dunia serba canggih tapi kita masih menagih, dunia pesat membangun tapi kita masih mengalamun

Salah siapa lain makan nangka, lain kena getah, lain jadi cerita, lain jadi mangsa,

Kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga.


Samseng (4x) ini bukan zaman samseng

Samseng (4x) bukan zaman banteng2

Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng

Samseng (4x) ini bukan zaman samseng


  Purchase "Samseng"   Purchase Entire Album   Email Video to Friends   Play Youtube "Samseng" Video   Play Spotify "Samseng" Song   View Wikipedia "Samseng" Entry   Receive Emails for Future Ahli Fiqir Lyrics

Email:

  Link to "Samseng"   Share on Facebook, Twitter, and more
  See Recommended Lyrics For You

Loading...

Lyrics by Ahli Fiqir

Related Songs