Palsu
Ahli Fiqir

Ahli Fiqir:

Kenangilah satu pertemuan

Itu kerana

Disitulah terciptanya

Satu keindahan

Dan renungilah

Satu perpisahan itu

Kerana disitulah

Terbitnya satu kerinduan

Sayang, antara engkau dan aku

Tiada lagi ungkapan satu

Tiada lagi

Engkau dalam diriku

Dan tiada lagi

Aku dalam dirimu


Mawar Berduri:

Tanpa disedari

Hadirmu selama ini

Penuh membawa erti

Sedikit pun ku tak hargai

Setelah hilangnya kau

Dari pandangan mata

Seolah-olah diriku

Hilang segala arah

Kembalilah,

Kembalilah kepadaku

Dengan pujuk rayuku..

Whoahhh.. Uh oh..

Ku harap engkau mendengar

Ku harap kau menerima diriku

Maafkan lah aku

Ingin aku kembali kepadamu


Ahli Fiqir:

Yo..

Sesaat dan sedetik

Seminit bersamamu

Tak pernah kurasakan

Getaran dijiwaku

Terasa indah suasana

Seakan merestu

Dua jiwa menjadi satu

Janji sudah dipadu

Senyuman dibibirmu

Dan jelingan manjamu

Menyentuh perasaan ku

Menusuk dalam kalbuku

Membuatku terlupa

Seketika ku terlena

Indah hanya sementara

Bencana datang melanda

Jgn kau cuba

Lagi merayu untuk

Kembali disisi

Setelah habisnya

Manis kau rasa

Dan kau buang ketepi

Setelah kau dapat

Gading bertuah

Sayang tanduk tidak

Berguna lagi

Mulutmu lidahmu

Senjatamu katamu

Akulah milikmu

Yang satu

Palsu.

Kini kau ingin

Meminta belas luka

Didalam boleh disembuh

Namun parutnya

Terus membekas


Mawar Berduri:

Whoahhh whoahhh whoahh...

Jgn kau pergi, pergi..

Dari sisikuu lagi..

Whoooaaahhhhhooo..

Berilahku peluang kali ini

Berilahku peluang.. Tanpa mu disisi

Ku terasa dunia ini sepi..


Ahli Fiqir:

Kau yang mengkhianati

Kau yang memungkiri

Kau yang tiada pasti

Kau berubah hati

Usahlah kau tangisi

Tak berguna lagi

Takkan ku sesali

Biarkan ku sendiri

Kau datang

Kau pergi

Dengan sesuka hati

Takkan ku biarkan

Luka dihati berdarah lagi

Cukup lah sudah

Lupakan saja

Jadi sejarah

Selamatlah tinggal

Kenangan indah

Kau yang mengkhianati

Kau yang memungkiri

Kau yang tiada pasti

Kau berubah hati

Usahlah kau tangisi

Tak berguna lagi

Takkan ku sesali

Biarkan ku sendiri


Mawar Berduri:

Berilah ku peluang kali ini

Berilah ku peluang..

Tanpa mu disisi

Ku terasa dunia ini sepi..


  Purchase "Palsu"   Purchase Entire Album   Email Video to Friends   Play Youtube "Palsu" Video   Play Spotify "Palsu" Song   View Wikipedia "Palsu" Entry   Receive Emails for Future Ahli Fiqir Lyrics

Email:

  Link to "Palsu"   Share on Facebook, Twitter, and more
  See Recommended Lyrics For You

Loading...

Lyrics by Ahli Fiqir

Related Songs